avril 13, 2009
ni artikel dari
blog y baru je jumpe td..simple tapi ade maksud nye..
Hani membuka kotak hadiah itu dan mengeluh. Dengan segera dia memasukkan hadiah itu ke dalam almari pakaian.
"Kenapa tak pakai tudung tu?" Inah menegur.
"Kenapa pula nak pakai tudung? Saya ni wanita moden la!" Hani menjawab.
"Wanita moden? Maksud awak, wanita moden tak pakai tudung?" Inah mendesak lagi.
"Tau tak per. Aku wanita moden, yang bekerjaya, yang educated. Tak payahlah nak suruh aku pakai tudung, aku masih belum tua lagi. Aku baru 20an, nak enjoy dulu la."
" Enjoy? " Inah membeliakkan matanya.
"Ya lah, bila lagi aku nak pakai baju ketat yang mempamerkan badan aku yang solid ni, nak pakai makeup yang menaikkan lagi kejelitaan aku? Nak suruh aku pakai tudung? Eh, itu pakaian orang tua macam mak dan nenek aku di kampung la, bukan untuk aku."
"Hahaha.. siapa yang kata tudung itu hanya untuk orang tua saja? Awak bukan orang beragama Islam ker? Kenapa awak tolak tudung itu? Tahukah awak tudung itu untuk semua wanita beragama Islam, dan wajib dipakai apabila keluar dari rumah?"
" Tiada paksaan dalam Islam. Suka hati akulah nak pakai tudung atau tidak. Yang awak menyibuk ni kenapa?"
" Dah kewajipan aku untuk mengingatkan awak. Awak kata, tiada paksaan dalam Islam,itu maksudnya Islam tidak dipaksakan untuk orang yang belum memeluk Islam. Bukan untuk orang yang dah Islam, yang dah lahir-lahir Islam seperti awak ni. Bila awak dah bergelar orang Islam atau Muslimah, awak wajib ikut segala suruhan Islam, termasuk menutup aurat dengan lengkap."
"Wanita Islam lain dulu pun tak pakai tudung, elok saja. Mak dan tok aku dulu pun tak pakai tudung masa mereka muda-muda dulu, jadi buat apa aku nak susah-susah pakai tudung menutup aurat sekarang?"
"Orang dulu-dulu tak diberitahu akan kewajipan memakai tudung tetapi awak tahukah wanita Islam dulu-dulu apabila keluar dari rumah mereka masih menutup kepala mereka dengan selendang dan kain batik? Mereka memakai baju kurung yang menutup aurat mereka. Hanya apabila televisyen muncul dengan filem-filem barat barulah wanita Melayu mula berubah dan berjinak-jinak dengan fesyen dan pakaian ketat. Rosak satu generasi wanita Melayu dengan kedatangan agogo dan sebagainya dalam era 60an.""
"Ya la tu. Aku pun kira ok per, pakai baju suit lengkap yang mahal dan berjenama. Aku ikut peredaran fesyen, tak macam wanita-wanita bertudung yang konservatif tu."
"Tapi mahal atau cantik mana pakaian awak, awak masih tidak menutup aurat! Rambut awak masih terdedah, kaki awak masih terdedah, dan bentuk tubuh badan awak dalam pakaian ketat menjadi perhatian lelaki."
"A lah, Aku belum sampai seru lagi laa.."
"Belum sampai seru? Awak dah lama Islam, tak pernah baca kitab al-Quran ker? Seruan Allah swt untuk semua wanita Islam menutup aurat sudah lama sampai la, dalam Surah An-Nur, beribu-ribu tahun yang lalu. Awak belum sampai seru atau sudah menolak seru?"
Hani terdiam.
"Tapi wanita yang bertudung bukan semua baik pun, ada yang bersikap lebih buruk daripada yang bertudung. Tak perlulah nak nilai orang melalui pakaiannya. Asalkan kita bersederhana. Asalkan hati baik sudahlah." Hani berdebat.
" Mengapa kita nak nilai dari segi keburukan orang bertudung? Mengapa tak lihat secara positif, mereka yang bertudung dan berhati mulia? Kalau awak makan nasi ayam dan kebetulan nasi ayam itu tidak sedap, adakah awak akan katakan bahawa semua nasi ayam yang dijual di kedai-kedai tidak sedap? Mungkin terdapat wanita bertudung yang tidak begitu sempurna tetapi mereka yang bertudung sudah lulus satu ujian penting iaitu patuh kepada suruhan Allah, iaitu untuk menutup rambut dengan tudung. Perkara lain yang mereka lakukan adalah subjektif dan adalah antara mereka dengan Allah. Sedangkan awak sendiri pula enggan memakai tudung walaupun awak yang belajar Pendidikan Islam di sekolah dari Tahun 1 sehingga Tingkatan 5 sudah diajar bahawa wajib untuk wanita Islam bertudung?"
"Tudung hanya cara lelaki menindas wanita!"
"Mengapa kata begitu? Menindas wanita? Sedangkan tudung itu sebenarnya perlindungan wanita Islam kerana menghalang pandangan liar lelaki. Awak yang keluar rumah dengan mendedahkan aurat, berpakaian fesyen barat dan menggayakan fesyen rambut terdedah itu yang sebenarnya mangsa penindasan kaum lelaki."
"Isshhh, awak ni! Siapa kata aku mangsa penindasan lelaki? Aku bebaslah! Aku pakai pakaian ikut suka aku, bukan atas suruhan lelaki!"
"Awak bebas? Lihat muka awak yang bermake-up tebal, siapa yang suruh pakai begitu kalau bukan pereka fesyen? Apa dan siapa yang didefinisikan wanita itu sebagai cantik dan moden, kalau bukan orang lain mengikut perkembangan fesyen dan warna tone musim-musim tertentu? Baju yang awak pakai tu, yang berbelah di tepi, awak pakai untuk mendapat perhatian dan pengiktirafan "cantik" daripada orang di sekeliling awak, bukan? Maka benarlah jika aku katakan awak sendiri tanpa disedari sudah pun ditindas kerana menjadi mangsa fesyen ciptaan barat. Sedangkan wanita Islam sepatutnya lebih utamakan memakai pakaian sesuai untuk menutup aurat, bukan untuk menjadi perhatian orang lain."
"Tapi aku tidak mahu dianggap kolot dan ketinggalan kerana memakai tudung."
"Siapa kata wanita yang menutup aurat dengan sempurna adalah kolot dan ketinggalan? Ramai wanita bekerjaya yang berjaya dalam bidang masing-masing sedang menutup aurat, dan mereka lebih berjaya dan bahagia daripada golongan 'freehair". Mengapa? Sebab mereka dinilai kerana kerja dan kebolehan sebenar mereka, bukan kerana kecantikan dan pandai berfesyen."
"Tapi teman lelaki aku tak suka wanita yang bertudung."
"Carilah lelaki yang beriman dan dapat membimbing keluarga dari segi pendidikan Islam. Lelaki yang tahu Islam akan mencari calon isteri yang bertudung. Lelaki yang suka isterinya keluar rumah tanpa menutup aurat bukanlah calon suami yang baik dalam ajaran Islam."
"Tapi aku tak cantik bila bertudung la."
"Siapa kata? Awak solat 5 kali sehari dengan memakai telekung, bukan? Pernah lihat keayuan dan kelembutan wanita Muslimah yang sedang memakai telekung sembahyang? Kecantikan sebenar adalah daripada hati seseorang wanita,, bukan dari segi fizikal semata-mata. Jangan terpedaya dengan tipu helah duniawi yang mahu menonjolkan kecantikan fizikal yang tidak akan kekal.Lagipun awak boleh menyarungkan telekong dan menutup aurat ketika awak solat, mengapa awak tak sarungkan tudung ketika awak keluar rumah?"
"Panaslah kalau bertudung dan menutup aurat. Tak sesuai dengan cuaca negara kita yang panas."
"Itu hanya alasan. Mengapa awak boleh pakai telekong dan kain untuk solat? Mengapa tak pakai biasa sahaja ketika awak mengerjakan solat? Bukankah bilik awak solat ini pun panas?"
"Ishh, awak ni. Waktu solat kenalah menutup aurat, dah wajib, malulah berhadapan dengan Allah swt."
"Malu ya? Habis tak malu bila keluar dari rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna? Awak fikir Allah swt hanya wujud ketika awak solat? Allah swt tak nampak apa awak pakai pada waktu lain, di luar rumah? Awak fikir Allah swt hanya suruh wanita Islam menutup aurat masing-masing ketika mereka solat? Menutup aurat itu wajib bagi wanita Islam di hadapan setiap lelaki yang bukan muhrim, bukan saya yang suruh, bukan mak awak yang suruh tetapi Allah swt yang Maha Pencipta yang suruh kita wanita Islam yang beriman padaNya untuk menutup aurat! Setiap kali seseorang wanita Islam keluar rumah tanpa menutup auratnya, dia akan menambah dosa untuk diri, bapa dan saudara lelakinya, awak tahu tak? Berapa banyak dosa awak nak kumpul sehingga awak tua baru nak menutup aurat? Kalau awak menemui ajal sebelum sempat awak bertaubat dan menutup aurat bila keluar rumah, bagaimana?" Inah bercakap tegas.
Hani mendiamkan diri.. Perlahan-lahan dia mengangkat kepalanya. Matanya bertentangan dengan mata Inah. Kelihatan air mata mengalir di pipi Inah yang putih gebu. Hani menuju ke bilik air. Beberapa minit kemudian, dia berjalan ke almari pakaiannya. Tudung biru yang dihadiahkan ibunya dikeluarkan dan disarungkan ke atas kepalanya.
Hani memandang cermin. Inah tersenyum kepadanya.
Puan Sofia terkejut melihat anak daranya keluar ke ruang tamu rumah buat pertama kalinya seumur hidup dengan berpakaian baju kurung labuh dan bertudung biru.
"Syukur alhamdulillah," Puan Sofia memeluk Hani dengan gembira.
seru? tunggu seruan tiupan sangkakala kot..Libellés : ISLAM